Followers

Saturday, February 26, 2011

DATUK SHARIFAH AINI PILIH EZUWAN ISMAIL

Hi kawan2
Lama betul tak update ni..di sebabkan masa yg suntuk dgn rutin harian sampaikan nk mengarang pun x sempat..tp xper untuk entry kali ni Ezuwan sajikan dgn yg best2...tak sangka Ezuwan dpt mereka pakaian utk biduanita negara Datuk Sharifah Aini.Nama yg tidak asing lagi dlm industri hiburan tanahair! Pertemuan Ezuwan dgn kak pah di satu majlis adalah titik permulaan ezuwan tuk mereka baju biduanita ini.tak sangka selepas beberapa minggu majlis tu kak pah menghubungi ezuwan.Tugas pertama Ezuwan adalah mereka baju utk Konsert tribute PRamlee anjuran Astro.ezuwan mereka 2 baju utk kak pah color hitam dan purple.sejak dari itu kak pah memilih ezuwan sbg designer rasmi utk nya.ezuwan mula mereka baju utk konsert kak pah...Juara Lagu AJL ke 25.kak pah menyarungkan dress chiffon color merah dgn leretan chiffon pjg di bahagian belakang.baju merah ini mendapat sambutan yg mengalakan dari semua pihak.Alhamdulillah.
Untuk projek terbaru Ezuwan dgn kak pah adalah utk program Mentor musim ke5.Ezuwan baru sahaja selesai shooting dan interview bersama kak pah dan protegenya :) insyaAllah ezuwan akan mereka pakaian kak pah dan protegenya utk mentor musim terbaru ini :)
alhamdulillah ezuwan berharap dgn berkat dan usaha ezuwan selama ini akan menjadikan impian ezuwan 1 kenyataan realiti.tq to all supporter behind me..luv u always

                                                    





Kak Pah tuk AJL ke 25

Ini masa ASA 2010.Picture kredit to Budiey.com

Friday, February 18, 2011

DEWI REMAJA 2010

Salam 1 Malaysia : )
Pada bulan Disember hari tu, Ezuwan telah bekerjasama dengan Karangkraf lagi dengan menaja finalis Dewi Remaja 2010.Terima kasih majalah REMAJA dan team kerana memberi kepercayaan penuh kpd Ezuwan.Untuk kak Izwa editor majalah Remaja, thanks a lot and a lot kerana memilih Ezuwan sbgai designer utk finalis2 Dewi Remaja kali ini.Ezuwan telah menaja 12 baju evening dress utk finalis, 1 evening dress untuk Puan Fir, Puan Farah dan Kak Izwa..Tq to Puan Fir atas kepercayaan yg di berikan...
Majlis ini berlangsung di PWTC dan di siarkan di Astro..meleps kan...dulu dlm majalah jew, tp skrg siap ada rakaman tuk tv..Ezuwan telah mereka 12 baju evening, macam2 color ada..suka sgt sbb semua dewi2 remaja cantik2..bersemangat nak keje.hehe..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Pemenang Dewi Remaja tahun ini adalah Lofa..pun orang kelate..sekampung la plak..hehe..Lofa menyarungkan long dress color emerald green dengan ruffles chiffon.utk baju ini Ezuwan letak a little bit detail kat bahagian depan dan belakang..Tahniah Lofa atas kemenangan sbg Dewi Remaja 2010..
Untuk design finalis yang lain, beberapa finalis Ezuwan menggunakan fabrik Satin silk dengan teknik drapping dan kedutan, dengan kain yg kembang payung.Manakala beberapa finalis yg lain, Ezuwan menggunakan fabrik chiffon silk.Untuk pendekatan yang lebih lanjut mari kita tgk gambar ini...Selamat menjamu mata : )

Inilah dia 12 finalis Dewi Remaja 2010.Cun melecun : )

Anzalna, Ramona dan Nadiey : ) cantik2 belaka

Azah dengan Gold Dress dengan teknik drapping di bahagian depan ; )




Tengah beraksi di pentas

Sapa plak kat tgh2 tu?


Inilah dia pemenangnya....adalah Lofa dari Pasir Mas Kelate..Ezuwan Pasir Puteh..Sesuweiiii..hehe

Kalau nak tahu lagi detail semua citer pasal Dewi Remaja dalam keluaran 15 Januari : ) tahniah to all finalis...Semoga anda berjaya di dlm bidang yg akan di ceburi...Amin



Thursday, February 17, 2011

HADIAH UNTUK PEMBACA

Salam semua..
Pertama sekali Ezuwan nak ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi membaca blog Ezuwan dan menjadi follower Ezuwan.Tq so much and Ezuwan sangat appriciated.Walaupun blog ini baru sahaja di rasmikan ( wah... ) tapi Alhamdulillah mendapat sambutan dari masa ke semasa.Ezuwan akan cuba update dan berkongsi dengan pembaca semua.Tq so much..sayang u ols :) teruskan memberi sokongan k.
Untuk hadiah untuk pembaca dan follower semua Ezuwan poskan gambar2 kandid Ezuwan sepanjang berada dlm industri ini khas untuk tatapan anda semua...Suka tak? kalau tak suka bagi hadiah lain la...hmm Ezuwan bagi 10 % discount bila tempah baju..haha..Ok la u ols jom kita tgk gambar2 kandid ni..Senyum ajea : )

Acara membuat muka paling cute...hmm sapa pemenang nya ek?

Lisa tunjuk apa tu?

Banyaknya Uban Nora..meh sini nak cabut k...

Apa hang pandang2???????? pakai macam ni ke atau berkemban ok?

Keciknya pinggang ko Fauziah ..apa petuanya? cer cite..kak akmar jgn nak jeling2 sgtlah..hehe

Apa la yang Ezuwan tgh citer ngan Lisa tu...sampai ternganga Ezuwan

Awat gatal sangat rambut ni...

Jom kita menari agogo Yuna : )

Gua tengah makan ni..lu jgn kacau gua k...!! khatanyer irma

Pening ker kak Julia?haha
Juliana duk bz bbm dgn sapa ek?hmmm
itu sahaja pic2 candid Ezuwan bole update utk u ols...byk sgt pic nk update tak menang tangan...next time k...Apapun thanks to u guyzz for the support for my blog...tq : )





Wednesday, February 16, 2011

Keseksian Nora Menyerlah di Party Anggun EH!

Setiap kali Nora nak menyarungkan busana Ezuwan mesti tak akan menolak.sebab Nora sangatlah sgt bole carry semua baju Ezuwan..Meletup la dia..Setiap kali fotoshoot mesti excited nak jumpa dan ber chit chat ngan dia..sekali skala tu sempat mengusik beliau..Walauapapun dia memang BEST GILER..bak kata Nora..yang penting kita enjoy! hehe..tp yg paling best bila makan maggi curry letak cili api bersama beliau selepas fitting baju...dalam kepenatan selepas keje..anyway thanks to kakaknya sbb sudi masak maggi curry..Sedap..next time masak lagi k : p
Untuk event majalah EH!, Nora adalah host tuk malam tu bersama Sharifah Aleeya.Malam tu Ezuwan telah mereka short dress daripada fabrik lycra skin color..dengan teknik drapping di bahagian tepi kiri dan kanan serta detail sequin silver di bahagian tengah..Malam tu Nora kelihatan bersinar2 dengan kerlipan sequin di bahagian tgh baju..sangat menyerlah, seksi dan HOT : )
Malam tu Nora di make up oleh make up artis Chomel..thanks to Nora Danish yang sgt cun melecun kerana sudi menyarungkan busana Ezuwan Ismail.Luv u babe : )

 Pose maut oleh Nowa :p

Melepsss kan beliau ..sangat!

senyum : )

Tuesday, February 15, 2011

LISA SURIHANIE, NORA DANISH, IRMA HASMIE, VANIDAH IMRAN,SHARIFAH AMANI DAN MIA SARA FOR ASK 2010

elooo..
Kali ke2 kelibat Ezuwan Ismail di PWTC : ) berlangsungnya Anugerah Skrin 2010.Excited tak terhingga kerana kalau tahun lepas Ezuwan hanya mereka 1 baju sahaja untuk Irma Hasmie, tapi utk tahun ini Ezuwan telah mereka beberapa selebriti popular tanah air : ) termasuklah baju pengacara pada malam itu iaitu Vanidah Imran.Tq so much to Kak Vee kerana sudi menyarungkan busana Ezuwan, tak lupa jugak TV3 kerana peluang yg di berikan.
Kak Vee memakai dress hitam chiffon dengan detailing gold color di bahagian tepi dada.Patching lace dan dengan sedikit statement pleated kat pinggang dan sleeve membuatkan baju ini sesuai dengan Kak Vee dengan classic imej : )
Lisa pulak dengan dress chiffon chili red..merah nya mak ngah.Lisa telah msg Ezuwan dan membuat permintaan..Dia request Ezuwan buat baju Mia Sara yang cute tu skali...Ohhh Ezuwan tak teragak2 sbb Mia tu mmg seorg yg comel.Lagipun ini bkn kali pertama Ezuwan bt baju tuk kids : ) Berbalik pada baju Lisa tadi, Ezuwan memberi sedikit kelainan pada baju Lisa kali ni dengan sentuhan diamond yang di tempah khas untuk bahagian tangan.Dengan kos yang beribu riban ( utk sleeve sahaja ) menampakkan sedikit kelainan dan keunikan..Lisa sangat suka dgn baju merah ni : )
Irma Hasmie lain citernya..teringat masa mbuat perbincangan pasal design irma kali ni di Starbuck.design yang di hasilkan kali ini adalah hasil perbincangan dan kombinasi idea Ezuwan dan Irma.Bju yang ilham daripada sisik ikan ini sgt unik dan mengambil masa yang lama utk keje yang lebih teliti.Untuk dress ini Ezuwan kena potong helaian sisik ikan itu satu persatu dan jahit dan susun pun satu persatu..pastu letak detail silver diamond di every sisik.Tq to irma sbb sudi teman Ezuwan beli kain..hehe
Baju Nora Danish pun memakan sedikit masa.Nora memakai top dan short skirt.Untuk Skirt dari fabrik taffeta silk.Manakala topnya dari taffeta dan di jahit dgn ruffles dari fabrik chiffon.Ezuwan membuat raffles berbentuk rose di bahagian tangan nora dan drapping di bahagian pinggang.
Oh untuk Sharifah Amani pulak atau Nani...sangat simple dan elegant..Walaupun baju ini timbul kontroversi Isu Berkemban...dan seksi...tp Nani ttp suka...memang style dia u ols mcm tu : ) Ezuwan mereka tube dress dengan belahan di bahagian belakang menggunakan fabrik full beaded sequin color off white...Very the Hollywood u ols..hehe
Apapun tq kepada semua artis yg sudi menyarungkan busana Ezuwan Ismail...Luv u guyzzzz..muax muax.  

   Vanidah Imran




Nora Danish



jangan mare :p secocok ke tak?hehe


ini video Lisa dan Mia tuk tatapan u ols

Irma dengan imej ikannya,,hehe


Bergaya di post party : )

Nani ..tahniah u ols!


Me n Mia : )

Ini pulak gambar2 di sebalik tabir yang Ezuwan bole kongsi bersama : )

Tengah pakaikan aksesori untuk Lisa

Nak sarungkan cincin kawin..hehe

Tengah make up u ols...pandai tul dia make up

tengah gaduh2 kat back stage irma dan Chomel

Kesimpulannya bukan Nani yang menang..tapi kemenangan itu milikku...yeay......! berat giler!!!



Oklah u ols..setakat ini itulah sahaja yang dpt Ezuwan kongsi peristiwa2 ASK 2010..hehe..Apapun jumpa lagi di episod akan datang..Salam ...muah!